fbpx
Gambar hiasan

Rasuah RM5,000 elak tindakan tiada lesen premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan pengarah sebuah syarikat pelupusan sampah merasuah pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak RM5,000 memakan diri apabila didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Goh Chin San, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Lelaki itu didakwa telah merasuah RM5,000 kepada pegawai JAS sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
Antara kesalahan yang dilakukannya adalah tidak mempunyai lesen premis yang ditetapkan, kesalahan tiada kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah, kesalahan tiada kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan kesalahan larangan menempatkan buangan terjadual di dalam premis.

Kesalahan itu dilakukan di bahu jalan sekitar premis tertuduh di Kuala Selangor, kira-kira pukul 1.15 tengah hari pada 22 Mei tahun lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pegawai Pendakwa SPRM, Muhammad Arif Asyraf Mohd. Khairi mencadangkan jaminan RM15,000, namun tertuduh tidak diwakili peguam memohon ikat jaminnya dikurangkan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 bersama seorang penjamin dengan syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM Shah Alam pada minggu pertama setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak boleh menganggu saksi pendakwaan. Sebutan semula kes pada 13 Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI