fbpx
Bangunan yang musnah susulan serangan udara Israel di kejiranan Ghobeiry, pinggir selatan Beirut baru-baru ini. - AFP

Pesawat Russia pindah 117 rakyat Iran dari Beirut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Seramai 117 rakyat Iran dipindahkan dari Beirut dengan menaiki pesawat milik Russia di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat susulan operasi ketenteraan Israel di Lubnan, lapor portal berita Turkiye Today. 

Pesawat itu berlepas dari Beirut antara malam Sabtu dan awal Ahad lepas, kata seorang pegawai Lubnan kepada AFP.. 

Kerajaan Lubnan sebelum ini mengharamkan sebarang aktiviti ketenteraan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang menyokong kumpulan Hezbollah. 

Laporan berasingan menyatakan, berpuluh-puluh anggota IRGC telah meninggalkan Lubnan sejak beberapa hari lalu bagi mengelakkan kemungkinan serangan dari Tel Aviv, demikian menurut pegawai pertahanan Israel. 

Kebanyakan rakyat Iran yang meninggalkan Lubnan adalah anggota Pasukan Quds, yang menjadi penasihat kepada Hezbollah dan membantu menyelaraskan operasi ketenteraannya. 

Beberapa laporan menyatakan,  mereka beroperasi dari Kedutaan Iran di Beirut. 

Seorang pegawai pertahanan Israel berkata, pemindahan itu dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang. 

Pemindahan itu berlaku ketika Israel meneruskan operasi ketenteraannya di Lubnan, yang bermula awal minggu lalu berikutan serangan udara bersama Amerika Syarikat (AS) ke atas  Iran.

Tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan di kawasan yang dikaitkan dengan Hezbollah ketika konfrontasi semakin meluas ke seluruh Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan seramai 394 orang terbunuh dalam serangan Israel, dengan jumlah kematian dijangka terus meningkat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN