fbpx
Lokman (dua dari kiri) memeriksa dokumen salah seorang warga asing di Jalang Silang, Kuala Lumpur hari ini.

‘Mini Dhaka’ Jalan Silang kini bebas PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jalan Silang, di sini yang menerima jolokan ‘Mini Dhaka’ ekoran lambakan warga asing kini didapati bebas daripada kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ia susulan pemeriksaan Inspektorat Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar Lebuh Pudu dari kawasan Masjid Jamek sehingga Jalan Silang, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, seramai 823 warga asing telah diperiksa secara rawak sepanjang operasi dijalankan.

“Kesemua warga asing yang diperiksa mempunyai pas lawatan ataupun dokumen yang sah untuk berada di dalam negara ini sama ada yang bekerja ataupun melancong.

“Pemeriksaan hari ini melibatkan individu dari Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan juga Jerman. Keberadaan mereka di sini didapati secara sah,” katanya ketika ditemui selepas operasi selesai, hari ini.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, operasi seumpama itu dijalankan setiap hari di seluruh negara dengan memfokuskan kawasan-kawasan ‘hostspot’.

Katanya, ia bagi memastikan warga asing yang berada di dalam negara ini mematuhi undang-undang di bawah Akta Imigresen.

“Orang ramai sedia maklum bahawa Jalan Silang ini merupakan salah satu ‘hotspot’ yang menjadi tempat kunjungan warga asing. Kita ada banyak hotspot dan setiap kawasan ini tidak bebas ataupun berluasa untuk melakukan kesalahan imigresen.

“Pihak JIM akan sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas semua kawasan-kawasan ini dari semasa ke semasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN