fbpx
Joy Ngiaw mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Outstanding Music Direction and Composition for an Animated Program Emmy Awards edisi keempat.

Joy Ngiaw, anak Malaysia pertama rangkul trofi Emmy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Komposer kelahiran Malaysia, Joy Ngiaw mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Outstanding Music Direction and Composition for an Animated Program Emmy Awards edisi keempat baru-baru ini.

Kejayaan membanggakan itu diraih menerusi hasil kerja hebat dalam siri pengembaraan sci-fi popular, WondLa musim kedua yang ditayangkan di Apple TV+.

Menurut Ngiaw, kemenangan tersebut memberi makna besar dalam kerjaya seninya.

“Kemenangan ini adalah sesuatu yang sangat bermakna dan berharap akan menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai anak muda yang berjiwa seni dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk mengejar impian mereka dalam bidang seni,”katanya.

Sementara, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu hantaran merakamkan ucapan tahniah kepada Ngiaw atas kemenangan tersebut.

“Tahniah kepada komposer kelahiran Malaysia, Joy Ngiaw, atas kemenangan di Children’s & Family Emmy Awards edisi ke 4 pada 2 Mac 2026 di Los Angeles.

“Kejayaan tersebut membuktikan bahawa bakat kreatif Malaysia mampu mencipta impak di pentas antarabangsa serta terus mengangkat nama negara dalam industri kandungan global.

“Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi baharu penggiat seni untuk terus berkarya dan menakluk dunia,” katanya dalam satu hantaran.

Sebelum ini, bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama dinobatkan memenangi trofi Golden Globe Awards.

Michelle, 60, merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI