LONDON – Pengendali sementara Manchester United, Michael Carrick digesa untuk memujuk pengurusan tertinggi kelab bagi mengubah keputusan untuk mengekalkan khidmat Casemiro di Old Trafford.
Bekas pemain The Red Devils, Bryan Robson mahu Carrick untuk tidak membiarkan Casemiro melangkah keluar kerana beranggapan bintang dari Brazil itu sebagai watak penting kepada pasukan.
Casemiro yang mengumumkan akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini pada muncul pemain paling konsisten dalam pasukan sejak dua musim lalu dan patut dikekalkan sekurang-kurangnya semusim lagi.
“Saya akan berikan sokongan untuk Casemiro kekal kerana dia mengharungi musim yang hebat kali ini. Dia adalah pemain berkualiti dan cukup bagus dalam melakukan hantaran.
“Jika seseorang itu tidak bagus, tidak mungkin dia akan kekal lama di Real Madrid dan memenangi Liga Juara-Juara dan pastinya semua orang dapat melihat perkara itu.
“Jadi, saya fikir pengalamannya boleh menyumbang sesuatu buat pasukan untuk sekurang-kurang satu musim lagi,” katanya.
Sejak di bawah kendalian Carrick, The Red Devils mula menyerlahkan kemampuan sebenar dan kini berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris sekali gus beri harapan untuk kembali ke saingan Eropah musim depan. – AGENSI














