fbpx
Melawati Mall menyediakan kemudahan lengkap untuk pengunjung ketika membeli-belah untuk persiapan hari raya.

Beli-belah untuk persiapan akhir hari raya di Melawati Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Melawati Mall melancarkan kempen raya bagi tahun ini bertemakan  Lakaran Syawal yang diinspirasikan oleh keindahan ukiran kraftangan dan seni dekorasi.

Kempen yang sedang berlangsung sehingga 6 April ini mempelawa orang ramai datang berkunjung ke pusat beli-belah tersebut  untuk menikmati keanggunan seni tradisional Melayu yang ditafsir
semula melalui fesyen, ganjaran perayaan dan persembahan budaya yang mengasyikkan.

Melalui tema tersebut, gerai-gerai di Meranti Court menjadi penghias pusat beli-belah tersebut dengan menampilkan pelbagai jenama terkemuka seperti Tom Abang Saufi, yang terkenal dengan jahitan unik tersendiri serta dedikasi terhadap hasil kraftangan dan berkualiti tinggi.

Jenama lain adalah McVogue, Love Trisha, Anna Satrin, Awesome Snacks, Ababil, Orchid Classic, Al Haraman serta Eastman & Estella yang menawarkan fesyen muslimah, busana tradisional, samping, juadah perayaan dan aksesori sesuai untuk menjadi pelengkap gaya syawal seisi keluarga.

Selain gerai, pengunjung juga boleh membeli-belah di butik-butik yang menawarkan lebih 40 koleksi jenama fesyen terkenal seperti  Ms Read, Variante, Kashkha, Omar Ali, Three B’s, Max Fashion, Padini, Brands Outlet dan Uniqlo.

Terdapat juga pelbagai pilihan makanan dan minuman Melawati Mall yang pelbagai turut menyediakan suasana sempurna untuk perayaan, termasuk Lapisan Patisserie, Johnny’s Steamboat, Tony Roma’s,
Seoul Garden, Mee Hiris China Muslim, Tea Garden dan banyak lagi.

Bagi memeriahkan aktiviti pengunjung pada hujung minggu, penganjur menawarkan perkhidmatan ukiran kraftangan peribadi percuma dengan perbelanjaan minimum RM50 ke atas
dan penebusan Ukiran Gift Box secara percuma.

Selain itu pengunjung boleh menebus sampul duit raya apabila mereka berbelanja RM180 dalam satu resit, memiliki tikar corak seri dengan perbelanjaan RM500 dalam maksimum dua resit gabungan selain menerima kotak hadiah ukiran raya dengan perbelanjaan RM900 dalam maksimum tiga resit gabungan

Waktu operasi pusat beli-belah itu juga akan dilanjutkan pada 13 dan 14 Mac ini sehingga pukul 12 tengah malam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN