fbpx
Kedua-dua pekerja taska ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Bayi empat bulan maut: Punca kematian belum dapat dipastikan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis belum dapat memastikan punca sebenar kematian bayi lelaki berusia empat bulan yang dipercayai didera pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kematian bayi tersebut diklasifikasikan sebagai ‘Pending Further Investigation’ sementara menunggu keputusan ujian serta siasatan lanjut.

“Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian masih belum dapat dipastikan. Hasil siasatan awal, polis telah menahan dua wanita tempatan yang merupakan pekerja di pusat asuhan tersebut.
“Kedua-dua tangkapan telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut berhubung kejadian berkenaan, beliau berkata, polis telah menerima maklumat daripada Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya semalam berhubung seorang bayi lelaki dibawa ke hospital tersebut oleh pengasuh sebelum mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.20 pagi.

“Susulan maklumat tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian serta meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan,’ ujarnya.

Terdahulu, dua pekerja taska terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dalam keadaan kedua-dua tangan bergari dan memakai baju lokap polis. Reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah kira-kira pukul 10 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI