fbpx
Yvonne berucap dalam sidang akhbar pada 13 Februari lalu. - ANTARA/Facebook

Akhirnya Indonesia desak Amerika-Israel henti serang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Kerajaan Indonesia mendesak Amerika Syarikat (AS) dan Israel supaya berhenti menyerang Iran ketika perang  di Asia Barat memasuki minggu kedua, lapor laman berita Jakarta Globe kelmarin. 

Bantahan terhadap operasi ketenteraan AS disuarakan meskipun Jakarta baru menandatangani perjanjian perdagangan dan menyertai Lembaga Keamanan pimpinan Washington. 

“Indonesia menyeru AS dan Israel menghentikan serangan ke atas Iran,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia, Yvonne Mewengkang. 

Indonesia turut mendesak Iran untuk menghentikan serangan yang menyasarkan negara-negara Teluk. 

Tehran melancarkan misil dan dron ke arah Israel dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS susulan pembunuhan pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei. 

“Kami menyeru Iran berhenti menyasarkan jirannya di rantau itu termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Oman, Bahrain, Kuwait, dan Jordan,” kata Yvonne.

Jakarta menggesa semua pihak yang terlibat dalam perang itu supaya kembali berunding. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI