fbpx
Wakil dua syarikat dari Amu dan Nuplas Solution menunjukkan dokumen perjanjian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Usaha sama Amu, Nuplas Solution teroka inovatif ekosistem marin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amu, syarikat pemula kelestarian berpangkalan di Jepun, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Nuplas Solution, sebuah syarikat tempatan yang aktif dalam pengurusan dan pengkomersialan bahan kitar semula.

Amu adalah syarikat inovatif yang memfokuskan kepada penukaran jaring ikan terbuang kepada bahan nilon berkualiti tinggi serta produk pengguna, berteraskan falsafah Nothing is Worthless yang menekankan bahawa tiada bahan buangan yang tidak bernilai.

Melalui pendekatan ini, syarikat berhasrat mentransformasi pencemaran plastik marin kepada bahan yang boleh dikesan, bernilai dan mampan.

Menurut Ketua Jabatan Penciptaan Kumpulan Leave a Nest Co Ltd, Dr. Takumi Jindo, industri perikanan menghasilkan sejumlah besar sisa jaring ikan terpakai yang sering dibuang oleh nelayan, ia memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan ekosistem marin.

Leave A Nest adalah pemudah cara bagi MoU tersebut dan objektif syarikat selama ini adalah untuk menjadi penghubung antara syarikat pemula tempatan dengan syarikat global.

Jelas Jindo, isu ini adalah pe­luang untuk mewujudkan rantaian nilai baharu dengan membeli jaring terpakai dan memproses­nya menjadi produk seperti beg, pakaian dan aksesori.

Bagaimanapun, syarikat pe­mula itu berdepan dengan pasaran terhad di Jepun dan mahu mencari rakan strategik di luar negara untuk bekerjasama, jadi ini adalah peluang terbaik buat syarikat, Nuplas Solution yang telah membangunkan produk palet industri daripada jaring ikan terpakai untuk pasaran perniagaan ke perniagaan (B2B) di Malaysia.

“Kerjasama ini dapat menilai potensi sebenar pembangunan produk upcycling jaring ikan di Malaysia, termasuk aspek teknologi, pasaran dan skala operasi.

“Kedua-dua pihak akan meneroka pemindahan teknologi, pembangunan produk bersama dan strategi pemasaran yang sesuai untuk pasaran tempatan,” katanya pada majlis pemeteraian kerjasama tersebut di sini baru-baru ini.

Melalui usaha sama itu, Nuplas Solution akan memainkan peranan penting dengan memanfaatkan rangkaian sedia ada bagi memperkenalkan produk kepada pasaran terus ke pengguna (B2C), memandangkan Amu masih belum mempunyai hubungan pasaran yang kukuh di Malaysia.

MoU ini juga membuka laluan kepada pembangunan jenama baharu yang memfokuskan produk lestari berasaskan sisa jaring ikan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI