fbpx
Tangkap layar hantaran Tunku Idris di aplikasi Thread.

‘Tolong jangan main mercun sebelah Hospital Sultanah Aminah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim memberi peringatan agar orang ramai tidak bermain mercun berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Dalam hantaran di aplikasi Thread, Tunku Idris memuat naik, “Tolong jangan main mercun di sebelah hospital. (Hospital Sultanah Aminah),” sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

Tinjauan pada ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan tersebut kerana dikhuatiri mengganggu ketenteraman pesakit, bayi serta kanak-kanak yang sedang mendapatkan rawatan.

Seorang pengguna, @Eyja_amin berkata bunyi mercun boleh menyebabkan bayi, kanak-kanak kecil dan pesakit terkejut sehingga menangis, malah mengakui pernah berdepan situasi sama sebelum ini.

“Kesian dekat bayi baru lahir, anak kecil. Asyik terkejut dan menangis. Pernah terjadi juga pada diri sendiri dan saya sangat kesal dengan tindakan orang yang tak ada rasa empati. Saya geram sampai telefon polis untuk berhentikan mereka,” komennya.

Selain itu, seorang lagi pengguna, @Fieqajaybe2025 yang merupakan pesakit di HSA, berkata bunyi mercun yang kuat di kawasan hospital amat mengganggu lebih-lebih lagi bagi individu yang sedang menanggung kesakitan.

“Sayalah salah seorang pesakit yang hadapi situasi ini masa kat HSA. Tengah berperang dengan sakit tiba-tiba bunyi motosikal kuatlah, mercunlah. Memang kena buat sesuatu,” komennya.

Sementara itu, @Miza.mgn turut berpendapat larangan bermain mercun tidak sepatutnya terhad di kawasan hospital sahaja, sebaliknya perlu diperluaskan ke kawasan perumahan dan lokasi awam lain kerana boleh menimbulkan ketakutan terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN