KAMPAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Jamek Kampung Jeram di Kampar hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Sultan Nazrin berkenan menanam pokok bunga tanjung sebagai simbolik perasmian sebelum berangkat ke majlis berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih di masjid berkenaan.
Masjid Jamek Kampung Jeram mula dibina pada 1914 berasaskan seni bina tradisional Melayu. – KOSMO! ONLINE














