fbpx
Gambar kenangan Allahyarham Mohamad Hendry (dua dari kanan) bersama keluarga.

Suami isteri tidak sempat hantar juadah berbuka puasa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan dengan lori ais di Jalan Simpang Tiga, di sini semalam dikatakan dalam perjalanan menghantar juadah berbuka untuk anak mereka di asrama.

Dalam kejadian pada pukul 6.55 petang itu, penunggang motosikal, Mohamad Hendry Yakim Capoi, 40, maut di lokasi, manakala isterinya, Nor Hidayah Hassan, 38, cedera parah.

Menurut abang Nor Hidayah, Mohd. Khairul Anuar, 54, kejadian berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Teloi Timur ke sekolah Maktab Mahmud Sik untuk menghantar duit yuran sekolah dan makanan untuk berbuka untuk anak sulung mereka.

“Ibu (Rokiah Salleh) melarang mereka pergi ke sekolah itu kerana waktu berbuka puasa sudah hampir. Namun begitu mereka pergi juga kerana mungkin mahu berjumpa anak,” katanya hari ini.

Katanya, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu ketika hampir berbuka puasa disebabkan orang ramai tidak dapat mengesan waris.

“Mereka dikatakan sempat singgah membeli martabak yang juga makanan kegemaran anaknya selain membawa barangan keperluan asrama,” ujarnya.

Cerita lelaki itu, ibunya memaklumkan Mohamad Hendry yang juga mualaf dilihat begitu ceria dan gemar memakai wangian.

“Mungkin itu petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya. Arwah sekeluarga sudah lebih lima tahun tinggal bersama dengan emak” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Shamzury Saman berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari dari arah Batu Lima menghala ke Pekan Sik.

“Sebuah lori ais yang datang dari arah bertentangan membelok ke kanan sebelum berlanggar dengan motosikal mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI