fbpx
GAMBAR fail 4 Oktober 2021 menunjukkan sebuah kapal tangki melintasi loji penapisan minyak dan gas di Southampton, England. – AFP

Simpanan gas Britain hanya cukup satu hari setengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Simpanan gas asli Britain jatuh ke tahap kritikal dengan kemudahan penyimpanan hanya menampung 6,700 GWh, cukup untuk menampung keperluan negara selama hanya satu setengah hari, lapor saluran berita GB semalam.

Angka daripada syarikat gas negara, National Gas menunjukkan penurunan simpanan daripada 9,000 GWh yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

Meskipun terdapat kebimbangan, National Gas menyatakan, angka tersebut secara umumnya selaras dengan apa yang dijangka sekitar masa ini pada  setiap tahun.

Jumlah gas  serupa kekal disimpan di kemudahan gas asli cecair.

Negara-negara Eropah mengekalkan simpanan gas yang jauh lebih besar, dengan banyak negara  menyimpan bekalan untuk tempoh  beberapa minggu.

Ini meletakkan negara-negara berkenaan dalam kedudukan lebih kukuh untuk menahan ketidaktentuan bekalan dalam pasaran gas global berbanding Britain.

Britain kini membayar harga borong tertinggi untuk bekalan gas di  di Eropah.

Penganalisis-penganalisis pasaran berkata, situasi itu  didorong oleh gangguan kepada laluan perkapalan di Selat Hormuz dan infrastruktur bekalan yang dikaitkan dengan perang di Asia Barat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN