fbpx
Anak kepada pemuzik dan ahli politik Indonesia Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali menyifatkan golongan wanita sebenarnya sangat kompleks dan sukar difahami sejak lahir.

‘Saya banyak sabar, perempuan memang ‘complicated’ sejak lahir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Hampir setahun mendepani bahtera perkahwinan dengan isteri Alyssa Daguise, pelakon dan penyanyi Ahmad Al Ghazali menyifatkan golongan itu sangat kompleks dan sukar difahami sejak lahir.

Al Ghazali yang merupakan anak sulung kepada pemuzik Ahmad Dhani dan Mia Estianty bagaimanapun berkata, kehidupan sebagai seorang suami dan bakal bapa banyak mematangkan caranya berfikir dari masa ke masa.

“Sebenarnya, wanita ‘complicated’ sejak lahir. Bahkan, kadang-kadang mereka sendiri tak tahu yang ‘complicated’ (berperangai sedemikian).

“Tapi untuk saya yang baru setahun jagung berkahwin, itu semua adalah kelemahan yang harus diterima dan dibela,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada sidang media konsert Dewa 19: Cintaku Tertinggal di Malaysia di sini baru-baru ini.

Ditanya tentang pendekatan digunakannya dalam perkahwinan bersama Alyssa, Al Ghazali, 29, banyak bertolak ansur agar rumah tangga itu sentiasa tenteram dan diredai.

“Untuk saya sebagai suami, memang banyak bersabar. Kalau orang perempuan itu marah, kita diam sahaja.

“Kalau dia (perempuan) sedang marah, dan kita pun marah balik — memang takkan selesai masalah,” katanya.

Ditebak pertanyaan beza dulu menjadi bujang dan kini bergelar seorang suami yang tidak lama lagi bakal menjadi seorang bapa, jawab Al Ghazali: “Lebih bertanggungjawab, lebih tahu arah hidup mahu ke mana dan beza paling besar adalah memberi nafkah kepada isteri.”

Al Ghazali dan isteri bakal menimang cahaya mata pertama pada Mei ini dan bersedia dari segi mental serta fizikal untuk tanggungjawab baharu.

Mereka sepakat membesarkan anak secara sederhana dan privasi, jauh dari dunia glamor, dengan membuka akaun Instagram yang dikunci untuk simpanan peribadi anak.

Al Ghazali yang cukup dikenali menerusi lagu Superman daripada kumpulan Lucky Laki mengambil langkah ini bagi melindungi anak daripada buli siber dan memberi kebebasan kepada anak jika mahu dikenali di masa depan.

“Setakat hari ini, saya dan Alyssa sudah sepakat untuk memberi kehidupan yang tertutup dan privasi buat calon anak kami.

“Saya sendiri sejak kecil telah terdedah dengan dunia glamor jadi saya tahu rasanya bagaimana menjadi tumpuan,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI