fbpx
Gambar hiasan.

Rakan, pensyarah beri keterangan kes doktor pelatih mati di asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai 10 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang merupakan doktor pelatih ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada pintu bilik air di asramanya di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) dekat Kuala Krai pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kesemua individu tersebut terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan pensyarah kepada mangsa yang berusia 29 tahun.

Katanya, setakat ini, punca sebenar kejadian tersebut masih dalam siasatan.

“Kita sudah mengambil keterangan dengan merakamkan percakapan daripada mereka bagi membantu siasatan.

“Kita perlu siasat secara terperinci dan rapi untuk mengenal pasti punca yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sumbangan Kepada Golongan Asnaf di Lembah Sireh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

Kosmo! Online pada Sabtu lalu melaporkan, seorang wanita yang merupakan doktor pelatih ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada pintu bilik air menggunakan sehelai kain selendang di asramanya di HSIP.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.55 pagi selepas pihak hospital membuat laporan berhubung penemuan mangsa yang berusia 29 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, wanita itu menggantung diri menggunakan sehelai kain selendang pada pintu bilik air di dalam salah sebuah bilik asrama hospital tersebut.

“Tiada unsur jenayah dikesan selepas siasatan awal dijalankan di lokasi kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN