fbpx
MARMOUSH meledak dua gol ketika membantu City menyingkirkan Newcastle pada aksi pusingan kelima Piala FA. - AFP

Piala FA: Marmoush ‘pakar’ robek Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Penggempur Manchester City, Omar Marmoush sekali lagi menjadi mimpi ngeri buat Newcastle United apabila membantu pasukan itu meraih kemenangan 3-1 pada aksi pusingan kelima Piala FA di St James Park awal pagi semalam.

Penyerang Mesir itu mencuri tumpuan selepas meledak dua gol penting yang memastikan skuad kendalian Pep Guardiola bangkit sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Jaringan tersebut sekali gus meneruskan rekod cemerlang Marmoush yang kini sudah menjaringkan tujuh gol dalam enam pertemuan menentang Newcastle.

Guardiola menyifatkan kemenangan tersebut sebagai antara persembahan terbaik pasukannya di St James Park sepanjang tempoh dia mengendalikan City.

“Ini mungkin persembahan terbaik kami di stadium ini sepanjang saya berada di sini. Pasukan bermain dengan sangat baik,” katanya.

Pengurus dari Sepanyol itu turut memuji cara anak buahnya mengawal permainan menerusi penguasaan bola yang kemas sehingga menyukarkan lawan untuk bangkit.

Pada masa sama, Guardiola juga berdepan hukuman penggantungan dua perlawanan selepas dilayangkan kad oleh pengadil susulan protesnya terhadap keputusan perlawanan.

“Saya digantung dua perlawanan, jadi mungkin saya akan bercuti seketika. Tetapi, saya akan sentiasa mempertahankan pasukan saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN