fbpx
Intan Najuwa membuat laporan polis susulan gangguan yang diterima daripada seorang individu menerusi beberapa hantaran Threads semalam.

‘Orang gila, selalu telefon kelab polo’ – Intan Najuwa lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa membuat laporan polis susulan gangguan yang diterima daripada seorang individu menerusi beberapa hantaran Threads semalam.

Bukan kali pertama, Intan, 29, berkata, individu tersebut pernah mengganggunya sebelum ini sejak beberapa bulan lalu.

“Tidak perlu melayan orang gila dalam Threads tersebut.

“Saya sudah membuat laporan polis dan individu di sebalik akaun tersebut ialah seorang lelaki.

“Dia sebelum ini pernah mengganggu saya beberapa bulan lalu,” katanya dalam platform Threads semalam.

Ujarnya, individu tersebut bukan hanya mengganggu secara online tetapi juga menghubungi ke kelab polo yang sering dikunjunginya sebelum ini.

“Bukan saja dengan mencipta beberapa akaun media sosial palsu untuk ganggu saya, dia juga membuat panggilan ke sebuah kelab polo apabila tahu saya berada di situ.

“Perkara ini sudah berlaku hampir setiap hari.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk menyerahkan pihak berkuasa untuk mengendalikannya,” ujarnya.

Dia berkata demikian susulan muncul sebuah akaun Threads menggunakan namanya @intannajuwadatin namun hantaran yang dikongsi mengejutkan ramai iaitu mengutuk suami Intan iaitu Datuk Asraf Azman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI