fbpx
SUDAH acap kali berlaku apabila masyarakat cenderung untuk menularkan video atau gambar di media sosial sehingga mengundang kritikan. - GAMBAR HIASAN

MCMC tiada kuasa arah platform media sosial tutup akaun pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memaklumkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan platform media sosial menurunkan hantaran atau menutup akaun pengguna.

Menurut beliau, setiap aduan yang diterima daripada orang awam akan dinilai terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat kepada penyedia platform untuk tindakan lanjut.

“MCMC apabila terima aduan daripada orang awam, mereka akan buat penilaian sendiri dan selepas itu mereka akan memanjangkan permohonan itu kepada penyedia platform dan itu bukan satu arahan.

“Tidak begitu, kuasanya tak begitu kuat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Tiew Way Keng di Dewan Negara di sini hari ini.

Nie Ching berkata, penyedia platform mempunyai budi bicara untuk menentukan tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan, termasuk sama ada mengekalkan kandungan berkenaan, menggantung akaun bagi tempoh tertentu seperti 72 jam, menutup akaun atau menurunkan hantaran secara kekal.

Beliau turut menasihatkan pihak yang merasakan akaun atau kandungan mereka tidak sepatutnya dikenakan tindakan supaya mengemukakan rayuan kepada MCMC.

Kata beliau di bawah akta sedia ada, satu tribunal ‘ad-hoc” boleh ditubuhkan bagi mendengar rayuan tersebut yang akan dipengerusikan oleh seorang hakim mahkamah serta dibantu dua anggota yang dilantik untuk menilai permohonan rayuan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI