fbpx
PENYERANG City, Erling Haaland gagal menjaringkan gol ketika seri 2-2 dengan Forest awal pagi semalam. - AFP

Man. City enggan kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) belum berakhir biarpun pasukannya sekadar seri 2-2 dengan Nottingham Forest di Stadium Etihad, awal pagi semalam.

City dua kali mendahului menerusi Antoine Semenyo dan Rodri, namun kedua-duanya dipadamkan oleh jaringan Morgan Gibbs-White serta Elliot Anderson sebelum percubaan Savinho pada saat akhir diselamatkan di atas garisan gol.

Keputusan itu menjadi lebih perit apabila pendahulu liga, Arsenal menang 1-0 ke atas Brighton untuk melebarkan jurang kepada tujuh mata, sekali gus meletakkan nasib kejuaraan di tangan sendiri.

Bagaimanapun, Guardiola tetap optimis dengan baki sembilan perlawanan dan satu kelebihan aksi dalam tangan, City masih mampu memintas The Gunners.

“Masih banyak perlawanan untuk dimainkan, mereka satu perlawanan lebih. Ada aksi yang kami tidak layak menang, tetapi hari ini secara keseluruhan kami bermain baik selama 90 minit,” katanya.

City kini telah kehilangan 13 mata daripada posisi mendahului musim ini, namun Guardiola enggan menyalahkan pengadil termasuk insiden tuntutan penalti melibatkan Erling Haaland yang tidak dilayan video bantuan pengadil (VAR).

Menurutnya, City tetap mencipta banyak peluang menentang pasukan yang bertahan rapat, namun mengakui sentuhan penyudah terutama membabitkan Haaland perlu dipertingkatkan.

Guardiola kini mengalihkan tumpuan kepada aksi Piala FA menentang Newcastle sebelum berdepan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, selain menegaskan fokusnya hanya pada perlawanan seterusnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN