fbpx
ANAK lelaki suspek yang mengalami kecederaan parah di bahagian leher menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. - FOTO IHSAN POLIS KAMPAR

Lelaki tikam anak, adik perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Seorang lelaki berusia 58 tahun bertindak di luar kawalan apabila menikam anak dan adik perempuannya dengan sebilah pisau di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bandar Baru di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 22 tahun ditikam sebanyak tiga kali di leher, manakala adik suspek berusia 56 tahun ditikam satu kali di bahagian sama.

Katanya, suspek yang berusia 58 tahun dipercayai mengalami halusinasi ketika kejadian dan pernah menerima rawatan berkala di Hospital Fatimah Ipoh.

“Kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut. Suspek yang mengalami luka di tapak tangan kiri pula dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN