fbpx
Keadaan di lokasi kemalangan di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi. IHSAN BOMBA

Lelaki maut kereta jatuh gaung 80 meter di Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 80 meter di jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 10.46 malam.

Menurutnya, tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai.

“Mangsa lelaki berusia 56 tahun dipercayai tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil dipandunya sebelum kenderaan itu terjatuh ke dalam gaung.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi membawa naik mangsa dari kawasan gaung berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan pada 1.15 pagi tadi dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI