fbpx
GAMBAR HIASAN

Lelaki maut dipukul di kawasan lapang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang lelaki asing ditemukan maut dalam keadaan parah pada muka dan kepala dipercayai dipukul dalam kejadian di Lebuh Macallum di sini, tengah malam tadi.

Mayat lelaki yang berpakaian lengkap itu dijumpai oleh anggota polis yang membuat tugas rondaan awam dan laporan polis dibuat kira-kira pukul 12.45 malam.

Difahamkan, tiada dokumen pengenalan diri pada mangsa dan lokasi penemuan mayat mangsa adalah di kawasan lapang dan berhampiran laut.

Terdapat kesan darah di lokasi kejadian dan tiada apa-apa kesan pergelutan .

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan penemuan mayat lelaki tersebut dan memberitahu, polis sedang menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI