fbpx
Nur Airis Insyirah (tiga dari kanan) ceria bersama-sama rakan-rakannya selepas dikurnia sumbangan raya daripada Tengku Muhammad Ismail di Kemaman hari ini.

Kurnia raya Tengku Muhammad Ismail ubati kesedihan pelajar yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Kesedihan seorang pelajar perempuan yang baru kematian bapanya sebulan lalu sedikit terubat selepas dikurnia sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan.

Nur Airis Insyirah Mohd Hazmi, 16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Intan Zaharah, Dungun, berkata, bapanya, Mohd Hazmi Yusof, 42, meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi pada 3 Februari lalu.

Menurutnya, sumbangan duit dan pakaian raya diterimanya amat bermakna buat dirinya dan keluarga yang masih belum sempat membuat persiapan hari raya.

“Saya bersyukur dimaklumkam cikgu terpilih menerima sumbanga diraja pada minggu lalu bercampur teruja pertama kali akan bertentang mata dengan baginda (Tengku Muhammad Ismail).

“Sumbangan ini amat bererti dapat membantu meringankan beban ibu saya ekoran kami sekeluarga kini bergantung semata-mata dengan duit simpanan arwah bapa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Anak sulung daripada empat adik beradik itu berkata, ibunya, Norasikim Ibrahim,42, tidak bekerja dan baru habis berpantang selepas melahirnya adik bongsunya, Hud Gibran, yang berusia dua bulan.

Terdahulu, Tengku Muhammad Ismail mengurniakan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 300 penerima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN