fbpx
Hannah bercakap pada sidang akhbar di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI

Kajian Akta Ibu Kota Persekutuan dijangka selesai bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kajian Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih berlangsung dan dijangka selesai pada hujung bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kajian tersebut masih berjalan dan laporan interim telah pun dibentangkan kepada pihak kerajaan.

Menurutnya, laporan penuh dijangka disiapkan pada hujung Mac sebelum dibentangkan kepada kementerian pada April.

“Saya sudah jawab banyak kali. Kajian itu masih berlangsung dan akan siap hujung bulan Mac.

“Kita juga telah berjumpa dengan pasukan kajian yang telah mengumumkan laporan interim dan sesi itu masih sedang berjalan,” katanya.

Terdahulu, Hannah hadir pada sidang akhbar mengenai pengukuhan kesedaran keselamatan kebakaran di bangunan strata berketumpatan tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan semua pihak diminta tidak memandang rendah keupayaan universiti awam seperti UIAM untuk melaksanakan kajian berhubung kebolehlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Pada 3 Februari lalu, Hannah berkata, kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya PBT di ibu kota termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dijalankan sejak pentadbiran Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI