fbpx
SEBUAH kapal kargo kelihatan di perairan Fujairah, Selat Hormuz pada 25 Februari lalu. – AFP

Iran bedil 10 kapal di Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Kira-kira 10 buah kapal diserang sejak Iran menutup Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat(AS) dan Israel.

Perang tercetus pada 28 Februari lalu hampir menghentikan sepenuhnya  trafik di selat itu yang menjadi laluan penting untuk minyak dan barangan lain.

Agensi keselamatan maritim Britain, UKMTO namun, hanya  mengeluarkan sedikit butiran mengenai kapal-kapal yang menjadi sasaran.

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) pula menyenaraikan di laman webnya sembilan serangan ke atas kapal-kapal di Selat Hormuz dalam masa seminggu, termasuk empat insiden yang meragut tujuh nyawa.

IMO berkata, seorang terbunuh dalam setiap tiga serangan ke atas kapal Skylight, MKD Vyom dan Stena Imperative pada 2 Mac lalu dengan Hercules Star turut diserang.

Antara 3 hingga 5 Mac lepas pula, empat lagi kapal diserang iaitu Libra Trader, Gold Oak, Safeen Prestige dan Sonangol Namibe.

Pada 6 Mac lalu,  empat orang terbunuh apabila kapal Mussafah 2 dibedil. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI