fbpx
Asap hitam menyelubungi langit Tehran selepas sebuah loji penapisan minyak dibom kelmarin. - AGENSI

Hujan hitam melanda Tehran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Awan hitam menyelubungi ruang udara Tehran dengan hujan bercampur minyak membasahi ibu kota Iran selepas serangan udara Israel mengenai loji penapisan minyak dan infrastruktur utama lain, lapor sebuah akhbar hari ini.

Dalam dua kenyataan berasingan di platform Telegram, Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memberi amaran, hujan di Tehran tercemar dengan ‘sebatian toksik hidrokarbon’ serta sulfur oksida dan nitrogen.

Bahan itu menyebabkan hujan asid dan berisiko mengakibatkan lecuran kimia serta kerosakan paru-paru.

Agensi berita Associated Press menyatakan, awan hitam terbentuk selepas Israel menyasarkan kemudahan penyimpanan minyak di Tehran dalam serangan lewat malam kelmarin.

Perang Iran melawan Amerika Syarikat dan Israel memberikan kesan besar kepada industri minyak di seluruh Asia Barat dan mengancam meningkatkan lagi harga minyak dunia.

Di Tehran, pasukan perubatan mengeluarkan amaran kepada penduduk agar berlindung di dalam rumah dan menutup sebarang bukaan dengan kain lembap, menanggalkan pakaian yang terkena air hujan dan menutupnya rapat di dalam beg plastik.

Menurutnya, membasuh kenderaan dan bahagian luar rumah menggunakan pancutan air bertekanan tinggi boleh mengelakkan sisa minyak terkumpul yang akan bertukar menjadi ‘debu toksik’ apabila kering.

Rakaman saluran berita CNN menunjukkan sisa minyak terkumpul di dalam air hujan selepas serangan tersebut, manakala foto yang dikeluarkan Bulan Sabit Merah memaparkan pakaian seragam putih seorang petugas perubatan yang dipenuhi titisan hitam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN