fbpx
Ribuan ejen aktif yang diraikan dalam satu majlis gilang-gemilang bagi menghargai usaha serta penat lelah mereka mengukuhkan jenama Herbalife di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Herbalife bina empayar bisnes berpotensi Gen Z

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Herbalife, sebuah jenama yang berdiri kukuh di pasaran tempatan sejak 20 tahun lalu bukan sahaja telah berkembang menjadi sebuah empayar yang membantu penggunanya menikmati kesejahteraan hidup yang sihat dan seimbang, malah berjaya mewujudkan satu platform untuk keusahawanan.

Syarikat yang bermula tahun 2006 daripada hanya sebuah komuniti kecil kini memiliki lebih 1,100 Nutrition Club di seluruh Malaysia yang mana ia bukan sekadar tempat berkumpul, tetapi juga ruang sokongan harian bagi masyarakat mendapatkan panduan, motivasi dan semangat untuk membina tabiat hidup yang lebih sihat.

Dari sudut tanggungjawab sosial pula, program Casa Herbalife telah membantu lebih 2,500 kanak-kanak melalui kerjasama rumah kebajikan tempatan, dengan jumlah sumbangan geran melebihi RM5 juta.

Pengarah Kanan dan Pengurus Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, dalam aspek perniagaan pula, sehingga tahun lalu, terdapat sekitar 70,000 pengedar aktif di Malaysia dan kira-kira 10.4 peratus daripadanya ialah Gen Z iaitu mereka yang lahir pada tahun 1997 dan selepasnya.

“Ini bermakna terdapat lebih 7,000 Gen Z aktif dalam rangkaian Herbalife di Malaysia, oleh itu bagi mereka yang berminat untuk menyertai bidang ini, mereka perlu bermula secara kecil dan bina secara berperingkat serta berkongsi pengalaman untuk membina asas pelanggan.

“Datang dengan minda terbuka dan kesediaan untuk belajar.

“Herbalife menyediakan latihan dan bimbingan, tetapi komitmen tetap penting kerana seperti mana-mana perniagaan, semua ini memerlukan masa dan usaha yang gigih,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

KOSMO!: Boleh jelaskan tentang perkembangan terbaharu Herbalife?
Antara yang paling ketara, kami memfokuskan kepada inovasi produk yang mana kami sentiasa menilai keperluan pengguna dan memperkenalkan produk baharu yang relevan dengan gaya hidup masa kini.

Antara produk yang diper­kenalkan termasuk TurmeriX 336mg, Mixed Fibres with Inulin Powder Drink, Herbal Retreat Powder, ImmuLift serta rangkaian penjagaan diri Herbal Aloe.

Selain produk, kami juga aktif menggerakkan kempen gaya hidup sihat yang bersifat praktikal dan mudah diikuti. Antaranya Healthy Active Lifestyle Campaign, Healthy Breakfast Campaign, Burn 1 Million Calories Challenge, Body Transformation Challenge dan National Wellness Check-In Campaign. Inisiatif ini membantu orang ramai mengambil langkah pertama dan kekal konsisten dalam menjaga kesihatan.

Kami juga menerima pengiktirafan termasuk Malaysia Book of Records pada tahun 2022 bagi penyertaan paling ramai dalam senaman maya serta rekod terdahulu bagi jumlah penyokong sarapan sihat terbanyak di pelbagai lokasi.

Dari segi kerjasama strategik pula, kami menandatangani MoU dengan Universiti Teknologi Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman untuk menyokong pendidikan sains sukan serta pemakanan. Kami turut bekerjasama dengan Institut Sukan Negara, Malaysian Association of Sports Medicine, Malaysian Exercise and Sport Science Association serta menjalinkan perkongsian ilmu dengan Universiti Putra Malaysia dan Nutrition Society of Malaysia.

Kerjasama ini penting bagi memastikan pendekatan kami sentiasa berlandaskan sains dan fakta yang kukuh.

Dalam masa yang sama, kami melihat peningkatan minat terhadap peluang keusahawanan, khususnya dalam kalangan golongan muda bekerja termasuk Gen Z yang mencari cara fleksibel untuk menjana pendapatan tambahan.

Melihat kepada pertambahan Gen Z kini, golongan ini mencari peluang perniagaan yang fleksibel dan rendah risiko. Mengapa Herbalife sesuai untuk mereka?
Herbalife telah memperkasa individu membina perniagaan berasaskan minat terhadap kesihatan sejak 1980.

Di Malaysia hari ini, kami mempunyai lebih 70,000 pengedar aktif.
Model perniagaan Herba­life mudah dan telus yang mana syaratnya adalah mereka perlu berusia 18 tahun ke atas, mempunyai bukti pemastautinan, mendapatkan seorang penaja dan membeli Herbalife Distributor Pack yang berharga RM94.

Tiada pembelian bulanan wajib dan tiada kos permulaan yang tinggi, oleh itu, ini menjadikannya lebih mudah diakses oleh mereka yang belum mempunyai modal besar.

Sekiranya dalam tempoh 90 hari seseorang mendapati peluang ini tidak sesuai, mereka boleh membatalkan dan me­nerima bayaran balik penuh untuk Distributor Pack. Selain itu, sebarang produk yang belum dibuka dan dibeli dalam tempoh 12 bulan boleh dipulangkan untuk bayaran balik penuh, termasuk kos penghantaran yang ditanggung oleh Herbalife.

Berapa ramai pengedar dan jumlah pendapatan purata bulanan mereka?
Pada tahun 2024, hampir dua juta individu di seluruh dunia telah menjadi pengedar Herba­life sekurang-kurangnya setahun.

Dalam bulan biasa, lebih 410,000 menerima komisen atau bonus. Separuh daripadanya memperoleh lebih RM588 sebulan, 10 pe­ratus teratas memperoleh lebih RM5,356 dan satu peratus teratas memperoleh lebih RM43,968.

Namun seperti mana-mana perniagaan, kejayaan bergantung kepada usaha, kemahiran dan konsistensi. Ramai memulakan perjalanan secara kecil-kecilan dengan menggunakan produk sendiri sebelum membina rangkaian pelanggan secara berpe­ringkat, sama ada sebagai pendapatan sampingan atau komitmen yang lebih serius.

Ada yang bimbang tentang stok dan kos permulaan dalam jualan langsung. Bagaimana Herbalife menangani perkara tersebut?
Kebimbangan itu wajar, terutama dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat. Model Herbalife direka untuk mengurangkan risiko tersebut dan pengedar tidak diwajibkan membuat pesanan minimum bulanan.

Oleh itu, Distributor Pack dilindungi memberi jaminan bayaran balik 100 peratus dalam tempoh 12 bulan. Produk yang belum dibuka dan dibeli dalam tempoh 12 bulan juga boleh di­pulangkan untuk bayaran balik penuh, termasuk kos penghantaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI