fbpx
Gambar kenangan Muhamad Alif Ikhwan (kanan) bersama sahabat baiknya, arwah Ahmaf Azreeq Zafreen.

Hajat Azreeq Zafreen ‘ride’ dengan sahabat baik tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Remaja berusia 19 tahun yang maut dalam kemalangan di Kampung Bukit Jeruk, Besut pada Khamis lalu pernah menyuarakan hasrat untuk berkonvoi motosikal bersama sahabat baiknya.

Muhamad Alif Ikhwan Nor Afendi Sham, 18, berkata, Allahyarham Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar teruja membeli motosikal jenis Yamaha Y15 sama sepertinya dua bulan lalu.

“Arwah pernah cakap nak sangat (teringin) ‘ride’ (berkonvoi) bersama saya. Kami memiliki motosikal jenis sama. Arwah beritahu nak ubah suai motosikal sebelum ‘ride’ namun semuanya tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim di sini hari ini.

Remaja itu yang sudah lima tahun mengenali Allahyarham Ahmad Azreeq sejak di bangku sekolah berkata, sahabat baiknya berubah menjadi pendiam dan kali terakhir mereka bertemu pada Khamis lalu.

“Mukanya sedikit pucat sewaktu kali terakhir kami bertemu beberapa jam sebelum dia terlibat dalam kemalangan sewaktu mengikuti keluarganya bercuti di Cameron Highlands, Pahang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI