fbpx
GAMBAR HIASAN.

Empat sebab utama permohonan STR ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mempunyai rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan status perkahwinan yang memerlukan pengesahan merupakan antara punca utama permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditolak.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, antara lain permohonan STR ditolak adalah kerana pemohon telah meninggal dunia dan pendapatan melebihi syarat kelayakan.

“Kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan program bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai sebab utama penerima STR yang lulus pada tahun sebelumnya ditolak pada tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Roderick Wong, Chin Tong memberitahu, mereka yang tercicir dalam senarai STR boleh membuat rayuan.

Katanya, kerajaan mendapat kerjasama penuh daripada 89 agensi termasuk SSM, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Akauntan Negara, Bendahari Negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam menentukan kelayakan individu untuk menerima bantuan tersebut.

“Ini bagi memastikan sesiapa layak atau tidak kalau ada tercicir atau kalau mereka dikesan mempunyai kereta mewah atau bekerja di negara asing, mungkin mereka tidak termasuk dalam senarai STR,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI