fbpx
Gambar hiasan.

Bayi perempuan dibungkus plastik ditemui dalam tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam sebuah tong sampah di kawasan pangsapuri di Plentong di sini pagi tadi.

Bayi tersebut ditemui oleh seorang penduduk kira-kira pukul 8.45 pagi sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Isyak berkata, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan dibungkus menggunakan beg plastik.

“Pemeriksaan awal mendapati bayi perempuan tersebut cukup sifat dan masih bernyawa ketika ditemui.

“Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan berada dalam keadaan hidup oleh pegawai perubatan hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal percaya bayi tersebut baru dilahirkan sebelum ditinggalkan di lokasi berkenaan.

Sehubungan itu, polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Hanis Mohamad Nafipi di talian 018-7718919 atau menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI