fbpx
Mohd. Syafaeez ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya, petang tadi dan mengulas mengenai kejadian menimpa arwah anaknya (gambar bulat). Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Bayi maut didera: Saya tak akan maafkan si pelaku – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Bapa kepada bayi lelaki berusia empat bulan yang meninggal dunia selepas dipercayai didera di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini menegaskan tidak akan memaafkan pelaku yang menyebabkan kematian anaknya.

Mohd. Syafaeez Mat Liki, 35, berkata, kehilangan anaknya, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, amat sukar diterima oleh mereka sekeluarga.

“Saya takkan maafkan sama sekali. Saya tak boleh terima apa yang dia buat pada anak saya. Itu bukan sifat manusia. Sebagai bapa, saya akan tuntut keadilan supaya tragedi seumpama ini tidak menimpa ibu bapa lain,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HSJ di sini, petang tadi

Mengulas lanjut, Mohd. Syafaeez berkata, kali terakhir dia melihat anaknya itu adalah pada malam tadi menerusi panggilan video kira-kira pukul 9 malam.

“Saya ada mengacahnya seperti biasa, dia pun ceria apabila dipanggil. Namun, saya perasan juga ada kelainan apabila arwah merenung saya agak lama. Tak sangka itu kali terakhir saya melihatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Syafaeez turut dimaklumkan bahawa pekerja di taska berkenaan sering bertukar-tukar dan meragui sama ada mereka benar-benar bertauliah.

Tambah peniaga itu, jenazah bayinya dijangka dikebumikan kira-kira pukul 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelulut, Marang, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN