fbpx
Pihak polis membawa keluar beberapa barangan daripada taska berkenaan, petang tadi. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Bayi empat bulan maut: Dua pekerja taska direman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis menahan dua wanita merupakan pekerja taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dipercayai menjadi mangsa penderaan, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut sebelum menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tinjauan di lokasi mendapati anggota polis bersama pasukan forensik berada di taska berkenaan bagi menjalankan siasatan selain membawa keluar beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Terdahulu, media melaporkan seorang bayi lelaki, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska yang terletak dalam kawasan HSJ sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Kosmo! berkata, dua susek wanita akan direman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN