fbpx
Anwar berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham di media sosial, hari ini.

Anwar ucap takziah pemergian Syed Muhammad Naquib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh pemikir peradaban Islam, Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang meninggal dunia semalam.

Menerusi kenyataan di media sosial, Anwar meluahkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai antara pemikir teragung pada zaman ini.

Beliau berkata, Allahyarham bukan sekadar seorang ahli falsafah, malah tokoh yang mengajak masyarakat menilai bukan sahaja apa yang diketahui, tetapi juga tujuan sebenar ilmu itu digunakan.

“Melalui karya-karya penting termasuk ‘Islam and Secularism’ serta karya agungnya ‘Prolegomena to the Metaphysics of Islam’ Allahyarham mencabar proses sekularisasi ilmu dan membina asas intelektual kepada pandangan alam Islam. Malaysia mendengarnya. Dunia Islam juga mendengarnya,” katanya.

Anwar turut menyifatkan Syed Muhammad Naquib telah melalui kehidupan yang sangat bermakna dan pemergiannya ketika usia 95 tahun pada malam ke-19 Ramadan penuh kemuliaan.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga beliau serta kepada semua yang pernah menimba ilmu daripadanya.

“Semoga Allah SWT mengurniakan rahmatNya dan menempatkan beliau pada darjat yang tertinggi dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI