fbpx
ANGGOTA bombe menjalankan operasi mencari dan menyelamat anggota PBS yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di Jalan Lahat Mines, Bandar Baru Lahat Mines, Lahat semalam.

Anggota bomba sukarela dikhuatiri lemas jatuh tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang anggota pasukan bomba sukarela (PBS) dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di Jalan Lahat Mines, Bandar Baru Lahat Mines dekat Lahat di Ipoh, semalam.

Mangsa, Ka-Jun Cheng Siew berusia 25 tahun merupakan ahli PBS Menglembu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7.27 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa bersama pasukannya sedang menjalankan aktiviti latihan dan pengujian bot di tasik berkenaan.

“Latihan itu bermula pukul 4 petang melibatkan 16 anggota PBS iaitu tujuh dari PBS Menglembu, tujuh dari Pekan Baru dan dua dari Pasir Pinji dengan menggunakan tiga bot.

“Pada peringkat awal latihan dimaklumkan mangsa memakai peranti pengapungan peribadi (PFD), namun setelah latihan hampir selesai pada pukul 7.10 malam, mangsa kembali menaiki bot tanpa memakai PFD,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa menaiki bot bersama seorang pemandu sebelum kedua-duanya dipercayai terjatuh ke dalam tasik ketika pemandu membuat pusingan U di tengah tasik.

“Pemandu bot berjaya diselamatkan oleh rakan PBS yang lain manakala mangsa dipercayai telah tenggelam ke dalam tasik.

“Jarak mangsa dipercayai terjatuh dianggarkan kira-kira 150 meter dari tebing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI