SHAH ALAM – KDEB Waste Management (KDEBWM) menerima aduan melibatkan terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab sanggup mengambil kesempatan dengan sengaja membuang sampah pukal di kawasan masjid di negeri ini sepanjang Ramadan.
Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd. Tahir berkata, kebanyakkan masjid menganjurkan majlis berbuka puasa dengan menyediakan makanan sehingga mencecah 1,000 jemaah dengan
sampah atau sisa makanan itu kemudian dibuang di rumah sampah yang disediakan bagi kutipan lori rutin KDEBWM.
“Namun, kita menerima aduan berlakunya lambakan sampah pukal di beberapa lokasi termasuk Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Sampah yang dibuang melibatkan barangan seperti perabot lama dan rosak,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Pelajar Tahfiz di sini, petang tadi.
Menurut Ramli, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana masjid adalah rumah ibadat umat Islam dan bukannya tempat pembuangan sampah pukal berkenaan. – KOSMO! ONLINE














