fbpx
Tangkap layar rakaman keadaan air di Machang.

[VIDEO] Penduduk Machang kecewa, buka paip keluar air ‘kopi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Seminggu di Machang, seminggu juga keadaan air macam ni”.

Demikian luahan kecewa seorang pengguna di aplikasi Thread yang dikenali sebagai Achik1310 tentang masalah bekalan air paip di Machang, Kelantan sejak seminggu yang lalu.

Berdasarkan klip video yang dikongsi individu terbabit, air paip di kediamannya itu kelihatan hitam umpama seperti air kopi.

“Tak tahu la keadaan dengan penduduk di Machang dah biasa dengan situasi yang macam ni.

“Sedangkan pengurusan air di Kelantan diuruskan oleh syarikat yang telah lama menguruskan air dan sepatutnya isu seperti ini dapat diuruskan dengan lebih baik. Syawal akan menjelma tak lama lagi,”luah individu itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan tepat bila klip video itu dirakam dan lokasi sebenar rumah individu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan penduduk Machang yang mengalami gangguan bekalan air bersih ketika ini dan mahu pihak berwajib menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Malah kata seorang pengguna dikenali sebagai Wanmiwabi, masalah tersebut turut berlaku di beberapa kawasan di daerah Pasir Puteh.

“Sejak kebelakangan ni Pasir Puteh pun sama, makin teruk. Ni bukan air dah ni selut ke?,”soalnya.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN