fbpx
Tangkap layar CCTV memaparkan dua individu mencuri kipas kaki di sebuah taman perumahan dekat Taman Melawati, Selangor.

[VIDEO] Gigih curi kipas sambil gendong beg ‘rider’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua individu yang dipercayai mencuri sebuah kipas di hadapan sebuah rumah di kawasan Taman Melawati mengundang perhatian ramai selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular di media sosial.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.05 malam semalam menunjukkan seorang lelaki memasuki pekarangan rumah sambil menggendong beg penghantaran makanan.

Berdasarkan rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat dengan selamba mengambil sebuah kipas yang diletakkan di luar rumah sebelum membawanya keluar dari kawasan kediaman itu.

Dalam masa sama, seorang lagi individu dipercayai rakannya dilihat menunggu di luar rumah dengan menunggang sebuah motosikal.

Kedua-dua individu terbabit memakai topi keledar serta pelitup muka bagi mengelak identiti mereka terbongkar.

Dalam rakaman tersebut, keadaan pintu pagar rumah terbabit juga tidak berkunci dan terbuka luas, manakala beberapa kenderaan diletakkan di kawasan hadapan kediaman.

Pemilik rumah @shahrintamrin kemudian memuat naik rakaman kejadian itu di platform Threads bagi memberi peringatan kepada orang ramai.

“Kipas angin di luar rumah pun dua pencuri gigih rembat. Kejadian di Taman Melawati pada 8.05 malam,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya berharap pihak berkuasa dapat menahan pelaku terlibat.

“Semoga pelaku mendapat kifarah dari Allah SWT. Sekiranya terkena renjatan arus elektrik ketika pasang kipas angin tersebut pelaku kena ingat itu sebabnya kifarah dari Allah SWT kerana mencuri,” kata @Keyrolrepsol.

“Saya baru baca dekat grup taman tadi. Kerap betul kejadian mencuri bulan Ramadan ini dekat Melawati. Rasanya bulan ni semua jalan C, lorong je berlainan,” dakwa Anyysadizi.

“Sebab kan dia ni, habis semua nama ‘rider’ buruk,” komen @ctkhadijahsazali. – KOSMO! ONLINE

@shahrim.tamrin Kipas angin di luar rumah pun 2 pencuri gigih rembat Taman Melawati, 8:05pm, 7 Mac 2026 #TamanMelawati #Crime ♬ original sound – Shahrim Tamrin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN