fbpx
Sultan Sharafuddin berkenan berangkat hadir ke Upacara Mengibarkan Bendera Selangor di Dataran Selangor, Kelab Shah Alam. Turut hadir Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Foto : Saddam Yusoff

Tiang bendera Selangor lambang perpaduan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Tiang Bendera Negeri Selangor di Dataran Selangor menjadi lambang perpaduan rakyat negeri ini.

Baginda bertitah, mercu tanda baharu itu juga diharap dapat menyemarakkan rasa hormat terhadap bendera selain memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

“Ketika mengilhamkan pembinaannya, beta amat berharap agar tiang bendera ini akan menjadi lambang perpaduan (unity) rakyat Negeri Selangor, sekali gus menyemarakkan rasa hormat kepada bendera dan semangat cintakan negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Tiang Bendera Negeri Selangor di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin menegaskan, pembinaan tiang bendera setinggi 120 meter tersebut merupakan satu lagi simbol kebanggaan negeri selain menjadi mercu tanda terbaharu bandar raya Shah Alam.

Baginda turut bertitah, tarikh 8 Mac dipilih sebagai hari perasmian tiang bendera tersebut bersempena Hari Keputeraan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN