fbpx
Poster yang dikongsi Perdana Menteri di laman Facebooknya.

Tahniah The Pocket Rocketman, The Speedy Tigers – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah kepada legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, atas kejayaan menjuarai acara keirin semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan Azizulhasni itu diraih pada saingan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia.

“Saya mendoakan semoga The Pocket Rocketman terus cemerlang dan membawa lebih banyak kejayaan buat negara pada kejohanan akan datang,”tulisnya pada hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Azizulhasni atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman membuktikan dia masih merupakan kuasa besar dunia selepas merangkul pingat emas acara keirin tersebut.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu mempamerkan kayuhan emasnya dengan menumpaskan pelumba pilihan Britain, Matthew Richardson di garisan penamat dan ditentukan menerusi photo finish yang cukup mendebarkan.

Biarpun bermula di belakang, Azizulhasni bijak menghidu peluang apabila mengekori rapat Richardson sebelum melakukan pecutan di selekoh terakhir untuk menang dengan perbezaan 0.002 saat.

Kemenangan itu disahkan selepas penelitian foto penamat dilakukan, sekali gus menyaksikan Azizulhasni melakukan aksi trademark ‘wheelie’ bagi meraikan kejayaan sulungnya di Perth Speed Dome Velodrome itu.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 di Belanda–Belgium.

Jelas beliau, pencapaian itu lahir daripada kerja keras, disiplin tinggi serta semangat juang luar biasa yang ditunjukkan oleh para pemain bersama pasukan kejurulatihan.

“Namun saya percaya masih terdapat ruang untuk The Speedy Tigers memperkemas permainan serta meningkatkan prestasi menjelang saingan di pentas Piala Dunia nanti.

“Seluruh rakyat Malaysia pastinya akan memberi sokongan dan dukungan berterusan buat kalian,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI