fbpx
Kamal (kiri) menyoal siasat PATI warga Myanmar yang ditahan di Ibu Pejabat APMM Kelantan, Tok Bali dekat Pasir Puteh hari ini. Foto TOREK SULONG

PATI diberkas tak sempat balik raya, wang RM3,500 lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar mengaut untung RM3,500 seorang bagi menguruskan penghantaran pulang ke negara asal melalui perairan Kelantan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata, maklumat itu diperoleh selepas pihaknya menahan seorang tekong darat dan 16 PATI warga Myanmar termasuk lima wanita di tebing Sungai Kampung Kijang, Kota Bharu pada pukul 5.57 pagi kelmarin.

Menurutnya, siasatan mendapati, sindiket dipercayai mengenakan bayaran tersebut kepada PATI yang bekerja di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang mahu pulang ke negara asal melalui jalan laut.

“Sebahagian PATI yang ditahan dipercayai berada di negara ini tanpa dokumen yang sah bagi tempoh satu hingga empat tahun dengan bekerja di restoran dan kedai runcit dengan gaji RM2,000 sebulan.

“Selain itu, seorang PATI berusia 24 tahun yang ditahan memberitahu dia mahu pulang ke negaranya untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat APMM Kelantan, Tok Bali di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI