fbpx
Pemantauan dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasa DBKL di Jalan TAR, Kuala Lumpur malam tadi. Foto DBKL

Peniaga belon di Jalan TAR wajib miliki lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Semua peniaga belon yang beroperasi di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) kini diwajibkan memiliki lesen sebagai sebahagian pembaharuan yang diperkenalkan bagi tahun 2026.

Jabatan Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan tumpuan orang ramai tersebut dijalankan secara sah, selamat dan lebih teratur.

Menurut kenyataan itu, pemantauan yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan TAR malam tadi mendapati peniaga belon yang beroperasi kini telah dilesenkan selaras dengan usaha mengawal selia aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.

“Sebagai pembaharuan bagi tahun 2026, semua peniaga belon di Jalan TAR diwajibkan memiliki lesen bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara sah dan lebih teratur,” katanya.

Katanya, inisiatif itu bukan sahaja memberi perlindungan kepada pengguna, malah membantu peniaga menjalankan perniagaan secara sah dan lebih tersusun.

“Jabatan Penguatkuasa DBKL akan terus memantau pematuhan lesen bagi memastikan perniagaan di kawasan tumpuan seperti Jalan TAR kekal selamat, terkawal dan teratur,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi lebih tiga minit di media sosial berhubung insiden kekecohan antara penjual belon dan pegawai penguat kuasa DBKL tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI