SEPANG – Seorang pelajar universiti tempatan ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di hadapan lobi sebuah kondominium di Cyberjaya, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Cyberjaya bergegas ke lokasi.
“Mangsa sdijumpai tertiarap dengan tubuh badan berlumuran darah di lantai lobi. Siasatan awal mendapati lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat lima unit kediaman yang didudukinya di bangunan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dikesan. – KOSMO! ONLINE














