fbpx
ADAM ADLI menyampaikan sumbangan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada salah seorang rakan pada Majlis Iftar bersama pengamal media Melaka, malam tadi.

Pelajar dinasihat tangguh hasrat lanjut pengajian ke Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pelajar Malaysia yang merancang melanjutkan pengajian ke beberapa negara Asia Barat dinasihatkan menangguhkan hasrat tersebut susulan konflik yang semakin meruncing di rantau berkenaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli Abd. Halim berkata, pelajar yang menerima tawaran untuk menyambung pengajian di negara berkenaan disaran berhubung dengan universiti masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini.

“Situasi keselamatan ketika ini dilihat tidak kondusif selain terdapat gangguan penerbangan ke beberapa destinasi di kawasan terbabit.

“Langkah paling selamat buat masa ini ialah menangguhkan dahulu perjalanan ke negara terlibat dan mendapatkan nasihat daripada universiti atau kementerian berkaitan mengenai situasi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar bersama pengamal media Melaka yang dihadiri lebih 50 wakil media di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Dalam pada itu katanya, kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri serta wakil pendidikan Malaysia di luar negara sentiasa memantau keselamatan rakyat Malaysia termasuk pelajar yang berada di Asia Barat.

Katanya, setakat ini terdapat 21 pelajar Malaysia di Iran, 21 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), tiga di Qatar, 135 di Arab Saudi, 1,762 di Jordan dan sembilan di Kuwait.

“Semua pelajar berkenaan telah dikenal pasti serta dihubungi oleh wakil Malaysia di negara terbabit dan mereka sentiasa diberikan nasihat serta maklumat terkini mengenai situasi semasa.

“Setakat ini tiada sebarang insiden melibatkan rakyat Malaysia di negara yang terlibat dan kerajaan sentiasa bersedia mengaktifkan pelan pemindahan sekiranya keadaan memerlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI