fbpx
Anggota bomba mengangkat jenazah mangsa yang dijumpai rentung dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Mujur, Jelawat dekat Bachok hari ini. Foto JBPM

Lelaki mental rentung, kunci diri dalam bilik sebelum bakar selimut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dijumpai dalam keadaan rentung selepas dipercayai mengunci dirinya di dalam bilik sebelum membakar selimut dan barangan lain dalam kejadian di sebuah rumahnya di Kampung Mujur, Jelawat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Che Mohamad Faizul Che Sulaiman, 41, terperangkap di dalam sebuah bilik yang dipercayai dikunci dari dalam ketika api sedang marak.

Ibu mangsa Rohani Mohamed, 66, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum melihat anaknya sedang memegang sebilah pisau.

Menurutnya, bimbang dengan keselamatannya, dia terus memeluk Che Mohamad Faizul untuk merampas pisau tersebut dan menjerit meminta tolong daripada beberapa orang anak yang sedang tidur.

“Pada masa sama, saya bergegas ke bilik lain untuk mengambil sebilah lagi pisau sebelum merayu kepadanya supaya tidak menikam diri sendiri.

“Dia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci dari dalam. Tidak lama kemudian, saya nampak api marak menyala dari dalam bilik Che Mohamad Faizul,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Rohani memberitahu, menyedari api marak dari dalam bilik itu, salah seorang anaknya menendang pintu sebelum menarik Che Mohamad Faizul keluar daripada terperangkap dalam kebakaran itu, namun gagal.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI