fbpx
ROMLI (tengah) menunjukkan peranti vape yang dirampas di Jeti LKIM Kuala Sanglang, dekat Kuala Perlis semalam.

Jeti LKIM diserbu, cubaan seludup vape lebih RM400,000 gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PERLIS – Cubaan menyeludup hampir 16,500 unit peranti rokok elektronik bernilai RM435,310 ke negara jiran gagal selepas sebuah lori ditahan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sanglang, dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, lori berkenaan ditahan dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 1.15 pagi semalam hasil maklumat risikan.

“Kenderaan tersebut dipercayai membawa pelbagai jenis peranti vape yang disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran tanpa pengikraran yang sah.

“Operasi berkenaan melibatkan rondaan rutin menerusi Op Aman, Op Tiris 3.0, Op Guard dan Op Khas Pagar Laut oleh anggota Maritim Malaysia (APMM) serta gabungan maklumat risikan zon-zon maritim Kedah-Perlis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut dipandu seorang lelaki bersama dua pekerja warga tempatan berumur antara 19 hingga 47 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN