ISU penyelewengan dana membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi perhatian umum apabila beberapa kes dilaporkan dan disiasat pihak berkuasa. Perkembangan itu mencetuskan perbincangan meluas dalam kalangan masyarakat apabila turut dikaitkan dengan sentimen agama sehingga mengundang pelbagai reaksi awam. Perbahasan tidak lagi terhad kepada aspek kewangan semata-mata. Beberapa pihak mula mempersoalkan tahap ketelusan, audit serta tadbir urus organisasi yang mengutip dana awam. Kini timbul pula beberapa isu panas membabitkan agama termasuk penghinaan terhadap Islam yang menimbulkan suasana kurang senang dalam masyarakat.……














