SEBAIK melangkah masuk ke ruang kelas tersebut, hiasan dalamannya pasti mengingatkan para pelajar kepada suasana sebuah kafe yang tenang dan tersusun rapi. Palet warna coklat pekat kopi yang dipadankan dengan putih serta sentuhan gelap seperti hitam membentuk latar moden dan bersih, menjadikan ruang kelihatan cerah tanpa terasa suram. Susunan meja dan kerusi teratur dengan laluan tengah yang jelas memperlihatkan disiplin ruang yang kemas dan terancang. Hiasan seperti pokok hidup dan bunga kecil pula menjadi sentuhan lembut yang menyegarkan, menghidupkan ruang……














