fbpx
TINDAKAN Elizabeth Tan atau Lizzy meminta seorang individu menjadi teman lelaki onlinenya tidak disenangi peminat.

Cari teman lelaki ‘online’, Lizzy tak hormat suami?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TULAR sebuah video memaparkan pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan secara terbuka meminta seorang individu bernama Lithara menjadi teman lelaki dalam talian bagi permainan Mobile Legends (ML).

Aksi spontan itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen, kononnya perkara tersebut tidak wajar dilakukan pelakon Abang Long Fadil 3 itu memandangkan dirinya berstatus isteri orang.

Lizzy bagaimanapun tenang menjawab sambil menegaskan suaminya tidak mempunyai sebarang masalah andai dia berlakon sebagai wanita bujang dalam media sosial demi kandungan permainan tersebut.

Enggan serabut dan terus meleret, pelantun lagu Semua Sudah itu meminta sesiapa yang tidak selesa dengan kandungan media sosialnya boleh terus menyekat akaunnya.
Bagi Diva, netizen tak perlulah menyibuk. Pasti Lizzy sudah fikir masak-masak sebelum berbuat demikian.

DIVA: Mula-mula semua Diva baca hantaran Tom yang mengakui berlaku curang terhadap Fuad Rahman. Selang tak lama, berbaik dah. Lain kali, jangan terlalu ikut emosi dalam media sosial. Aib sungguh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN