BUKAN sahaja hebat dalam bidang masakan tetapi juga sebagai penari! Gurauan tersebut yang bertebaran dalam media sosial baru-baru ini selepas tular sebuah video memaparkan Khairul Aming (KA) membuat persembahan tarian sewaktu zaman pengajiannya di Amerika Syarikat.
Kongsinya, persembahan tersebut menuntutnya berlatih berjam-jam setiap hari sehingga mengalami kekejangan.
“Dahulu sampai paha kejang seminggu. Nak bengkokkan lutut itu ingat senang ke?
“Masa itu saya boleh ‘squat’ rendah berjam-jam sehari untuk latihan.
“Saya pelajar paling senior, jadi terpaksa ambil tanggungjawab sebagai koreografer walaupun seumur hidup tak pernah menari,” katanya.
Lucunya, tariannya turut menjadi tular dan ikutan ramai termasuk barisan selebriti tanah air seperti Syamel, Ernie Zakri dan Ain Edruce.
“Selepas ini mungkin akan ada ‘30 hari 30 tarian’.
“Seronok pula ikut Khairul Aming menari, banyak betul bakat dia ada,” usik netizen.














