fbpx
SANDREA (tengah) ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan polis di IPD Ipoh hari ini.

Sandrea lapor polis fitnah kekejaman kerajaan negeri tangani isu anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berhubung fitnah terhadap kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam menangani isu anjing jalanan.

Beliau memandang serius kenyataan yang telah didakwa telah dimuat baik oleh seorang pengguna media sosial di Facebook yang berulang kali menuduh kerajaan negeri dan MBI sejak tahun lalu menjalankan tindakan kejam terhadap anjing jalanan.

“Malah, menggunakan ungkapan ekstrem seperti tangan berlumuran darah dan tanam hidup-hidup bagi menggambarkan dasar kerajaan.

“Saya ingin mengecam dengan tegas penyebaran maklumat tidak benar serta tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap kerajaan, penjawat awam dan Friend of Pawsitive (FOP) selaku rakan strategik,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan polis di Ipoh hari ini.

Katanya lagi, penggunaan bahasa bersifat ekstrem dan menghasut emosi bukan sahaja memutarbelitkan fakta malah berpotensi menimbulkan ketakutan, kemarahan dan kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Lebih membimbangkan, kenyataan tersebut turut menggunakan gambar serta nama saya secara tidak tepat bagi membina naratif yang mengelirukan dan tidak benar.

“Kenyataan yang dikeluarkan telah melampaui batas dengan penyebaran kebencian, fakta yang mengelirukan serta tuduhan serius yang langsung tidak berdasarkan realiti. Ini juga menggambarkan ketidakadilan terhadap penjawat awam, NGO-NGO dan sukarelawan atas usaha dicurahkan selama ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN